Esai · Potret Online

Malam Citra Malaysia

Penulis Aiman Sofwan
Juni 20, 2026
2 menit baca 62
1bff7708-7c05-4a12-aa82-c3edf6dff43b
Foto / IlustrasiMalam Citra Malaysia
Disunting Oleh

_

Penang Bakal Meriahkan Sambutan Hari Malaysia 2026 Dengan Tema “ Malaysia Madani, Rakyat Disantuni”

Oleh Aiman Sofwan

Program _Malam Citra Malaysia @ Penang  bersempena Sambutan Hari Malaysia 2026 bakal diadakan pada awal September ini di lokasi ikonik negeri ini. Penganjuran program berprestij ini dijangka menarik ribuan pengunjung terdiri daripada masyarakat setempat, pelancong, serta penggiat seni dan budaya dari seluruh negara.

Menurut Pengarah Program, _Sdr. Al-Azim Effendi_, penganjuran program ini adalah langkah wajar dan strategik bagi memperkembang serta memperkukuh identiti seni dan kebudayaan di Pulau Pinang. “Pulau Pinang mempunyai warisan budaya yang unik dan pelbagai. 

Melalui Malam Citra Malaysia ini, berhasrat untuk mengangkat semula nilai-nilai murni, keindahan sastera, seni persembahan tradisional, serta semangat perpaduan yang menjadi asas kepada gagasan _Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni_. Program ini bukan sekadar hiburan, tetapi wadah untuk menyantuni rakyat melalui seni dan budaya,” 

Program anjuran _Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia_ bersama _Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Pulau Pinang GPMS_ ini mendapat sokongan padu daripada pelbagai agensi. Ia dilaksanakan dengan kerjasama _Kerajaan Negeri Pulau Pinang_ serta _Pembangunan Belia Negeri Pulau Pinang_, dan turut menerima sokongan rasmi daripada _Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang JKKN_.

Antara pengisian menarik yang bakal dipersembahkan termasuk deklamasi puisi patriotik, persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, nyanyian lagu-lagu patriotik, serta persembahan muzik tradisional. Kesemua pengisian ini dirangka selari dengan objektif asal program iaitu memartabatkan seni dan sastera tanah air serta memupuk rasa cinta kepada negara sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan hebahan program, orang ramai boleh mengikuti perkembangan rasmi melalui media sosial rasmi Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia dan GPMS Pulau Pinang.

_#MalamCitraMalaysia2026 #HariMalaysia2026 #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni #SeniBudayaPulauPinang_

✦ ✦ ✦
Apakah tulisan ini bermanfaat?
Tulisan esai ini sepenuhnya menjadi tanggung jawab penulis. Redaksi memberikan ruang ekspresi tanpa intervensi isi.
Tentang Penulis
Aiman Sofwan
Penang, Malaysia
Diskusi
Upload foto profil (opsional)
Memuat komentar...