Artikel · Potret Online

Malam Layar Puisi Anak Muda 2025

Penulis  Redaksi
November 16, 2025
2 menit baca 226
Malam Layar Puisi Anak Muda 2025 - e8bbea00 64ce 417c 928d 5673cafee4e5 | Artikel | Potret Online
Foto / IlustrasiMalam Layar Puisi Anak Muda 2025

 

Oleh Al Azim Effendi

Pegiat Seni Sastera Anak Muda, Pulau Pinang, Malaysia 

Pada 21 December 2025 ini , Auditorium Dewan Sri Pinang, akan ramai dengan acara Malam Layar Puisi Anak Muda 2025. Sebuah acara yang dianjurkan oleh PEMUISI Pulau Pinang, Malaysia. Acara ini terlaksana dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenajung Pulau pinang UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (Kelab kesusasteraan & Desa siswa  aman damai) , Perbadanan Pembangunan Belia Negeri Pulau, Universiti Teknologi Mara, dan Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang, Malaysia

Malam Layar Puisi Anak Muda 2025 merupakan sebuah acara berprestij yang bertujuan untuk memartabatkan seni puisi dalam kalangan generasi muda. Program ini bukan sekadar sebuah pentas deklamasi, tetapi satu gabungan unik antara puisi, muzik, tarian, dan seni persembahan tempatan yang menjanjikan pengalaman budaya yang mendalam serta penuh inspirasi.

 Ia menyediakan platform eksklusif kepada penyair muda, mahasiswa, dan pencinta sastera untuk menonjolkan bakat mereka dalam suasana yang penuh penghargaan terhadap seni dan budaya.

Selain memberi peluang kepada generasi baharu untuk berkarya, program ini turut berusaha menghidupkan kembali minat masyarakat terhadap seni puisi dan sastera Melayu. 

Dengan pendekatan yang segar dan lebih kontemporari, acara ini diharapkan dapat menarik perhatian golongan muda untuk lebih menghayati keindahan bahasa serta warisan sastera bangsa. 

Kehadiran sasterawan negara, penyair terkenal, dan bakat baharu menjadikan program ini sebagai pemangkin kepada kesinambungan seni puisi di Malaysia.

Sokongan semua pihak  ini membuktikan kepentingan seni dan budaya dalam pembinaan jati diri masyarakat serta perkembangan intelektual generasi muda.

✦ ✦ ✦
Apakah tulisan ini bermanfaat?
Tulisan ini sepenuhnya menjadi tanggung jawab penulis. Redaksi tidak selalu sejalan dengan isi tulisan.
Tentang Penulis
Majalah Perempuan Aceh
Diskusi
Upload foto profil (opsional)
Memuat komentar...