AIR MENIMPA BATU
Dia pernah remaja
lama dulu.
Katanya banyak halangan
terpaksa ditempuh.
Tidak ingat dis
berapa kalli gagal usaha.
Tapi tak pernah dia
berputus asa.
Setiap kali gagal
dia bangkit kembali
menerap azam cekal
perbaiki kelemahan diri.
Dia yakin
pada titis air
menimpa batu.
20.7. 2024
NIKMAT TUHAN MANAKAH YANG KAU DUSTAKAN
Pernahkah kaubaca , anakanda
Surah Ar Rahman
yang mengajar Al Quran
yang Menciptakan manusia
dan mengajarnya menjadi pandai?
Tuhan Menyuruh
berlaku adil
tidak melanggar batas.
Nikmat Tuhan
Yang manakah
telah kaudustakan?
Hashim Yaacob
20.7.2024
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
UJIAN ADALAH
Anak
Hidup makhluk tidak
dekat
dari terhasrat.
Tuhan kalanya
Menimpakan Ujian
membawa musibah.
Perangilah anak
musibah
dengan tabah.
Pasti hidup berubah
bila musibah kalah.
Ujian adalah
alat Tuhan
menguji iman.
Hashim Yaacob
27.7.2024
Dato Profesor Emeritus Dr Hashim Yaacob.
Fakulti Pergigian, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur Malaysia.
Royal College of Surgeons of England.