kau bertanya
sedang kau tahu jawapannya
jika kemaafan dipinta
apa kedudukan dalam agama,
sekadar menduga?
kau bertanya
sedang jelas nyata
dipermainkan agama
tuhan kita dipersenda,
adakah sengaja?
banyak sudah di luar batas
kurang ajarmu menjentik waras
kemarahan itu kian mendalam
kesabaran itu api dalam sekam
aku ingin bertanya
apa mahumu menyentuh segala
apakah kerana pegangan kuasa
atau sengaja mencipta agenda?
waspada hadapi angkara
hanya penyatuan menguatkan kita
cukuplah bergelumang di kolam sempit
agenda peribadi, bangsa terhimpit
kita bangsa bermaruah
bumi warisan ini punya sejarah
jangan menang sorak negara tergadai
nasib bangsa hancur berderai
bangkitlah wahai bangsaku
lupakan sengketa lalu
bersatu kita atas nama agama,bangsa
gerakkan kepimpinan jati diri kita
demi masa depan anak bangsa
di bumi ini, bumi warisan kita!
23.3.2024.