Dengarkan Artikel
Oleh Alkhair Aljohore
Kami menulis bukan menunjuk
Kami menulis untuk faham
Kata datang dari sunyi
Bukan dari dada sombong
Ilham itu bukan milik
Hanya singgah seketika
Akal memberi rangka
Emosi memberi warna
Roh menentukan arah
Gaya cuma pakaian makna
Genre hanya jalan berbeza
Tujuan tetap satu
Jika ego mendahului
Tulisan mati sebelum hidup
Engkaulah Sang Maha Karya Cipta
📚 Artikel Terkait
Hamba Yang Faqir
Alkhair Aljohore@1
Malaysia
5.2.26
#
Dedikasi khas untuk Tuan Tabrani
Pena Yang Jujur Tunduk
Menulis bukan medan untuk menegakkan ego, tetapi ruang untuk menundukkan diri. Kata-kata bukan lahir daripada kehebatan kita, melainkan diilhamkan
dan kita sekadar menadah, memilih, lalu menyusunnya dengan amanah. Ada yang berbicara melalui sunyi, ada yang menjerit lewat metafora, ada yang berbisik dalam doa; semuanya berbeza kerana jiwa manusia tidak seragam. IQ memberi bentuk, EQ memberi rasa, SQ memberi arah-namun tanpa rendah hati, semua itu hanya bunyi kosong. Maka penulis yang sedar, akan berjalan perlahan: tidak memuja nama sendiri, tidak mabuk pujian, kerana dia tahu;
pena ini hidup hanya kerana diizinkan-Nya.
Hamba Yang Faqir
Alkhair Aljohore @2
Malaysia
prosa khas buat Tuan Tabrani & panitia Potretonline,Acheh
🔥 5 Artikel Terbanyak Dibaca Minggu Ini






