Dengarkan Artikel
Janji- Nya
salahkah menimbang angin di laman
sehingga panas pagi hujan petang
titiknya menenggelam bumi
salahkah mimpikan seorang bidadari
pagi hilang dalam panas mentari
pancarannya mematikan rumput di taman
salahkah tanpa senyum di wajah ibu
anak- anak kerdil perangainya
ayah sibuk menongkat dunia
biarlah kesalahan berpaksi di hati
junjung pekerti mendahului janji
mencari sebuah kehidupan di pagar waktu
yakinlah adakala panas dan hujan dari- Nya
rezeki jua
secawan kopi masih panas di meja usang tanpa sapa peduli
Abdul aziz ali
Ipoh Perak
24.12.2024
Mengukir janji
curahkan seribu janji tertulis di ruang kosong
kopi yang dijerang belum mendidih
nanti manisnya di cawan sama
tanpa tanda duka di wajah
persis seekor helang menangguk ikan di air
tertinggal bulu pelepah di bawa arus
paruhnya tertikam batu
hanya surat pembawa berita
cerita dulu penglipur lara
cintanya bersemi dikeruntuhan ikatan
tanpa silu menghulur bakti
mencurah janji
Abdul aziz ali
Ipoh Perak
27.12.2024
HANYA MENUNGAN
Setiap hari ada kekeliruan
dari tulisan bijak pandai
yang cair tentang puisi
setiap tulisannya di iakan
para pemula angguk
biarpun tidak setuju
📚 Artikel Terkait
Setiap detik ada percanggahan
tentang puisi dan sajak
Setiap minggu ada ungkitan
ada mazhad sendiri
ada tatakelola wajib di ikut
Setiap bulan kamus bahasa ditambah perkataan
erti dan contoh
Itulah kelirunya
aku termenung sambil makan kopi ( cakap orang kampungku)
Kelirukah
Kopi masih panas di cawan
rasa pahit tapi manis senyuman pelayannya
Abdul aziz ali
Ipoh Perak
7.1.2025
PERCAYAKAH
Kepalsuan bagaikan lukisan dari warna yang terang
muram berselindung dari lakaran kata- kata
janji hanyalah mainan
bagai memujuk anak kecil kempunan mainan
Lautan dan awan seakan diharungi
gunung dan bukit mahu dipeluk
biarpun lemas tidak berdaya
Pudar alam selubungi kemungkaran jitu
tanpa sedar matahari telah tenggelam cahayanya
Sedarkah mulut berbau hancing
katakan tidak tanpa nyata
Abdul aziz ali
Ipoh Perak
9.4.2025
Bersangka baik
Kopi dibancuh cawan ke cawan
pahit dan manis telah dirasa
Bila merasa pahit, tersedak
mengapa pahit dialami hidup ini
tidak seperti mereka itu
Bila rasa manis, senyum
bersyukur pemberian-Mu
disedekah pada yang memerlunya
Itulah resam kehidupan
ada manis di sebalik kepahitan
ada pahit di sebalik kemanisan
Abdul aziz ali
Ipoh Perak
19.5.2025
🔥 5 Artikel Terbanyak Dibaca Minggu Ini






