Dengarkan Artikel
KOPI SILATURAHIM
Susuri berdekat
aromanya tetap harum menusuk
walau ada garis pemisah
Takdir menemukan jua
hadir mendidih bersama rindunya
dalam secangkir kopi silaturahim
hangat dibancuh kasih sayang
hingga beroleh rasa
nikmat temu saudara kandung
Terima kasih, Allah
beri peluang kumenghirup manisnya.
Ahmad Noh
Kg Sri Damai, Pahang, Malaysia
04 Oktober 2024
MASA MENGEJAR KITA
Detik waktu
berlalunya tetap sama
tapi beza kian terasa
dahulu langkah lebih menanti mesra
kini berkejaran belum tentu tiba
📚 Artikel Terkait
kilat sesekali mengenyit malam
bersambung berlari dalam mimpi
hingga menanti masa esok
muncul lagi dikejar masa.
Ahmad Noh
Gambang, Malaysia
01 Julai 2024
DIARI SEORANG ANAK YATIM
Pandangan kosong
langkahnya seorang
datang berselimut jiwa besar
di kurungan masa depan nan mencabar
Jemari menggenggam perjuangan
si yatim menempuh perjalanan
rentasi banjaran titiwangsa
cuma berpakaian cita-cita
Di menara didik
dia terus berlari mengejar celik
meninggal jauh erti payah
walau terpaksa mengesat lelah
Di tangan tertulis usaha
di mata memandang jaya
sebuah kejayaan menanti di sana.
Ahmad Noh
Gambang
02 Julai 2024
Tentang Pemuisi:
Ahmad Noh merupakan anak jati dari negeri Pahang, Malaysia. Mendapat pendidikan tinggi di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Geografi /Sains Politik. Kini bertugas sebagai seorang pensyarah akademik di Kolej Matrikulasi Pahang. Minat menulis sekadar mengisi masa lapang sejak di bangku persekolahan. Cenderung menulis dalam genre puisi, cerpen, certot dan anekdot. Mengamalkan prinsip ‘Berkongsi Rasa Mendidik Manusia’ dalam penulisan.
🔥 5 Artikel Terbanyak Dibaca Minggu Ini






