Dengarkan Artikel
MUSNAH
Pagi tadi engkau menyambutku
dengan ratapan lara
katamu, rahsiaku terbongkar.
Esakan suara terluka
“Kita berjanji untuk setia
kenapa insan ketiga
meruntuhkah istana?”
Desakan menagih kepastian
“Aku bertemu selingkuhmu
katanya, sudah lama berakad.
Siapa aku?”
Segera kupujukmu
sang permaisuri hati
“Semalam kujanji
sehidup semati.
Tapi rupanya
tidurmu tak cuci kaki.”
Jika diseret mimpi ke realiti
musnahlah warna-warni.
Harlym Yeo
Kuala Lumpur & Jakarta
11 Sept 2024
Honorarium Jiwa
Nukilan: M. Perindu Seni
Sekeping hati suci
Hargai sekalung budi
Mentafsir fikir muhasabah diri
Mendidik erti makna syukur kendiri.
Tiada yang jengah mengerti
Dalam benak sanubari
Ada suka dalam duka
Ada tangis dalam tawa
Putarannya berputar di ruang hayat.
📚 Artikel Terkait
Uzlah sejenak
Di redup sepi cintai diri sendirian
Mencari rahsia keistimewaan
Membongkar kebijaksanan
Membina yakin kekuatan
Mencakna kepercayaan
Dan menadah nikmat kesyukuran
Rahmat luar biasa tak di sangka daripada Tuhan.
Usah rengsa kata nista
Yang merosak rohani jiwa
Usah percaya indahnya fatamogana
Terlukis dusta di lirik mata
Hidup terus berlapang dada.
Sekeping hati ini
Punya harga diri
Hadapi denai ujian yang menerpa
Dengan sabar dengan reda
Anugerahkan honorarium kesyukuran jiwa
Sekeping hati utuh tumbuh di dunia fana.
Taman Cheras Jaya, Selangor
10 Feb 2025
BIODATA RINGKAS WANRAZUHAR
Nama sebenar beliau, Dato’ Dr Hj Mohd Radzuan bin Hj Ibrahim dan menggunakan nama pena WANRAZUHAR. Bekas Pegawai Kanan Polis Bukit Aman dan pernah juga berkhidmat sebagai Pendakwa Mahkamah Kuala Lumpur. Kemudian menjadi Peguambela, Peguamcara dan Peguam Syarie di firma guaman sendiri, Tetuan Radzuan Ibrahim & Co. di Ampang, Selangor bermula tahun 1992 hingga sekarang.
Beliau menulis sejak tahun tujuh puluhan lagi dan pernah menjadi kolumnis di beberapa akhbar seperti Bintang Timur, Mingguan Perdana, Warta Perdana, Mingguan Tanah Air, Berita Harian, Watan, Bacaria dan lain-lain dalam ruangan Dari Fail Jenayah. Setakat ini sebanyak dua belas buah kumpulan puisi beliau diterbitkan iaitu, Sepi (1977), Lagu Rindu (1985), Orang Kita (1989- Bersama Azmi Rahman), Bicara Di Luar Kamar (2016), Kukejar Kata (2016), Bahtera Tersadai (2018), Panah Perdana (2019), Aku Anak Kampung (2020), Tiga Teraju (2020) Bersama Rahman Shaari dan A Rahim Abdullah), Kumpulan Puisi Kanak-kanak, Lagu Mengeja (2020), Wajah (2022) dan Sebatang Pohon Tua (2022).
Kumpulan Cerpennya – Airmata Kasih (1987) dan Antologi Cerpen- Cinta Isteri Di Persimpangan bersama Norhisham Mustaffa, Wanrazuhar dan R. Hamkama (1998/2016) telah diterbitkan.
Manakala novel yang dihasilkan beliau termasuklah: Warna-warna Kota (1980), Senja Merah Di Kuala Lumpur (1981), Kes Bunuh Janda (1989), Duka Gadis Dahaga (1989), Lemas Di Lembah Kota (1989) dan lain-lain yang kesemuanya berjumlah lebih 50 buah buku perseorangan dan bersama penulis lain yang merangkumi semua genre sastera- puisi, cerpen, novel dan juga bahan bacaan umum.
Buku umum karya beliau yang terkenal termasuklah: PDRM- Sejarah, Peranan dan Cabaran (1984), Undang-undang Rogol (1989), Polis Dalam Sistem Keadilan Jenayah Di Malaysia (1990) dan Munakahat: Undang-undang dan Prosedur (1990).
Beliau adalah mantan Presiden Persatuan Penyair Malaysia (PENYAIR) tahun 2017 dan kemudian menjawat jawatan Presiden Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) semenjak ditubuhkan tahun 2019 hingga kini. Beliau merupakan Timbalan Pengerusi Tetap Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA). Beliau juga pernah menjadi Presiden Grupemuisi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) di sekitar tahun sembilan belas sembilan puluhan. Beliau juga menjadi Ahli Seumur Hidup PENA dan Persatuan Kebajikan Penulis Selangor (KEMUDI). Selain itu, beliau adalah penerima Anugerah Sastera Kelantan (Puisi) tahun 2023. Beliau juga seorang Deklamator Kebangsaan dan telah memenangi Naib Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kebangsaan 1990 anjuran GAPENA, Johan Deklamasi Puisi Polis Diraja Malaysia PDRM) (1990) dan Johan Deklamasi Puisi Negeri Kelantan (1977) anjuran Persatuan Penulis Kelantan (PPK).
🔥 5 Artikel Terbanyak Dibaca Minggu Ini




