POTRET Online POTRET
  • Home
  • Artikel
  • Potret Budaya ⌄
    • Puisi
    • Cerpen
    • Esai
  • Pendidikan
  • Video
  • Esai
  • Opini
  • Aceh
  • Home
  • Artikel
  • Pendidikan
  • Puisi
  • Esai
  • Opini
  • Cerpen
  • Perempuan
  • Podcast
  • ✍ Kirim Tulisan
Home Buku

Allama Muhammad Iqbal: Teori Personaliti dan Pembinaan Ego (Khudi)

Dr Mohd Abbas Abdul Razak by Dr Mohd Abbas Abdul Razak
Juli 2, 2026
in Buku, Bedah buku, Menulisbuku, Peluncuran Buku
0
28f756da-6117-487b-9c6f-2d716751b087

Sinopsis Buku:

Mohd Abbas Abdul Razak (UIAM)

Shaik Abdullah Hassan Mydin (USM)

Allama Muhammad Iqbal: Teori Personaliti dan Pembinaan Ego (Khudi) - 1001280450_11zon | Buku | Potret Online
Baca Juga
Bedah buku
Bedah Buku – Membumikan Literasi
16 Feb 2026

Penulisan tentang Allama Muhammad Iqbal (1877–1938) ini merupakan hasil penyelidikan mengenai seorang tokoh pemikir Muslim yang prolifik, dengan tujuan memperkenalkan pemikiran beliau kepada khalayak umum dan ahli akademik. 

Karya ini merupakan suatu ikhtiar ilmiah yang berusaha membantu pembaca memahami latar belakang kehidupan Iqbal serta idea-idea utama beliau tentang hakikat insan, pembinaan personaliti, dan perkembangan ego (khudi). 

Allama Muhammad Iqbal: Teori Personaliti dan Pembinaan Ego (Khudi) - 1001317287_11zon | Buku | Potret Online
Baca Juga
Bedah buku
Bedah Buku – Islam and Modernity: Transformation of an Intellectual Tradition
03 Mar 2026

Iqbal bukan sekadar membongkar rahsia kejadian manusia, malah memperbetulkan salah faham tentang tujuan sebenar kehidupan insan yang sarat dengan nilai-nilai luhur, aspirasi rohani, dan prinsip-prinsip unggul.

Iqbal merupakan seorang pemikir Islam terkemuka yang muncul pada awal abad ke-20. Sebagai seorang ilmuwan dan pemimpin yang serba boleh, beliau menguasai pelbagai disiplin ilmu seperti falsafah, puisi, sejarah, tamadun, politik, pendidikan, undang-undangdan mistisisme. 

Allama Muhammad Iqbal: Teori Personaliti dan Pembinaan Ego (Khudi) - c40d08e7 6d32 4dec 8ad7 630d20cab45e | Buku | Potret Online
Baca Juga
#Era AI
Haus Buku (Di) Era AI
16 Jan 2026

Cabaran besar yang dihadapi oleh umat Islam pada zamannya mendorong beliau merumuskan suatu falsafah baharu demi menjamin kelangsungan serta kebangkitan semula umat Islam. 

Keseluruhan gagasan pemikirannya, yang disampaikan melalui puisi dan falsafah, berteraskan dua sumber utama Islam, iaitu al-Quran dan sunah Rasulullah SAW. Kedua-dua medium ini dimanfaatkan oleh Iqbal untuk menyampaikan idea-ideanya kepada ahli akademik serta masyarakat umum dengan cara yang kreatif dan berkesan. 

Bagi sebahagian masyarakat di benua kecil India, Iqbal lebih dikenali sebagai penyair mistik yang meniupkan semangat pembaharuan, kesedaran diri, dan kebangkitan intelektual. Pada zamannya, membaca dan mendengar deklamasi puisi merupakan antara kegiatan budaya yang sangat popular dalam kalangan masyarakat.

Walaupun idea-idea Iqbal pernah menerima kritikan daripada segelintir golongan sufi pada zamannya, sejak era moden hingga kini, pemikirannya secara umumnya diterima dengan baik oleh umat Islam daripada pelbagai mazhab dan aliran. 

Ramai yang masih belum mengetahui bahawa Iqbal merupakan antara tokoh Muslim yang paling banyak dikaji dalam dunia Islam selepas Rasulullah SAW. Dakwaan segelintir ilmuwan bahawa pemikiran Iqbal tidak lagi relevan dalam dunia moden ternyata tidak berasas. 

Hasil penelitian terhadap pelbagai isu yang membelenggu dunia Islam menunjukkan bahawa, meskipun kebanyakan negara Islam telah mencapai kemerdekaan daripada penjajahan Barat, mereka masih berhadapan dengan pelbagai permasalahan yang pernah dikenal pasti, dianalisis, dan dibahaskan secara mendalam oleh Iqbal.

Sebagai seorang cendekiawan dan pemimpin yang berwawasan, Iqbal menentang sekeras-kerasnya falsafah penyangkalan diri (the philosophy of self-negation), kepercayaan karut, cara berfikir yang fatalistik, mentaliti hamba, peniruan membuta tuli terhadap Barat, pseudo-mistisisme (tasawuf palsu) serta pelbagai bentuk kepercayaan dan amalan yang berleluasa dalam kalangan masyarakat Islam pada zamannya. 

Bagi membetulkan keadaan tersebut, beliau mengembangkan dan memperkenalkan falsafah ego yang dikenali sebagai Khudi, yang menekankan proses pembinaan dan pengukuhan personaliti insan secara progresif. 

Falsafah ini menyeru kepada pembangunan ego yang positif, dinamik, kreatif, dan berteraskan nilai-nilai Islam yang sejati. Iqbal percaya bahawa melalui penghayatan falsafah tersebut, umat Islam di benua kecil India dan di seluruh dunia mampu memulihkan maruah, harga diri, serta kegemilangan intelektual dan spiritual yang pernah dikecapi pada Zaman Keemasan Islam (750–1258).

Selain menyelami hakikat insan secara mendalam, Iqbal turut menegaskan bahawa kemuliaan dan martabat umat Islam bergantung pada penghayatan agama yang hidup serta pembangunan sahsiah yang seimbang. Dalam hal ini, beliau menjadikan al-Quran dan Nabi Muhammad SAW sebagai sumber rujukan utama dalam mencungkil, membimbing, dan mengembangkan bakat serta potensi insan. 

Satu hakikat penting yang perlu ditegaskan ialah Iqbal tidak menolak pemikiran Barat secara bulat-bulat. Sebaliknya, beliau menilai dan menganalisis secara kritis kekuatan serta kelemahan tamadun Barat moden dalam memahami hakikat insan, nilai kehidupan, dan pembentukan personaliti.

Iqbal bukan sekadar mengkritik, malah berusaha sedaya upaya menjelaskan kepada masyarakat Barat moden bahawa sikap memisahkan agama daripada kehidupan merupakan suatu kesilapan besar dalam memahami hakikat kewujudan insan dan alam semesta. 

Bagi Iqbal, agama memainkan peranan yang amat penting dalam memahami hakikat insan yang sebenar serta dalam membentuk manusia yang seimbang dari segi spiritual dan intelektual. Pemahaman yang benar terhadap agama bukan sahaja mengangkat martabat insan, malah membimbing seseorang menghadapi pelbagai cabaran kehidupan serta menyelamatkannya daripada kesengsaraan, kehampaan makna, dan tragedi eksistensial.

Oleh itu, tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa pemikiran Iqbal bukan sahaja berupaya membimbing masyarakat Islam di Timur, malah turut menawarkan penyelesaian kepada pelbagai cabaran besar yang dihadapi oleh umat manusia di Barat moden. 

Pendekatan harmoni yang diperkenalkan oleh Iqbal, yang menekankan keperluan insan terhadap panduan agama dalam kehidupan di samping memanfaatkan keupayaan empirikal secara proaktif dan rasional, berupaya melahirkan individu dan masyarakat yang berilmu, berakhlak, serta berdaya maju, sekali gus menyumbang kepada pembinaan tamadun yang sejahtera, adil, dan lestari.

Penyelidikan terhadap karya-karya Iqbal menunjukkan bahawa beliau bukan sahaja merupakan seorang tokoh yang masyhur di dunia Islam, malah turut dihormati di dunia Barat sebagai seorang pemikir dan ahli falsafah yang berwibawa. 

Selain itu, beliau juga dikenali sebagai seorang penyair yang kritis, simbolik, dan berwawasan dalam menganalisis pelbagai permasalahan masyarakat global secara adil dan mendalam, di samping mengemukakan idea-idea yang bernas bagi menangani krisis kerohanian manusia yang semakin meruncing dalam era moden.

Dalam konteks pemikiran Iqbal, beliau dilihat sebagai seorang ‘pembaharu’ yang menyeru kepada penghayatan semangat dinamik yang autentik sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan sunah, berbanding pelbagai bentuk falsafah penafian diri dan tasawuf yang bersifat semu (illusory). 

Melalui karya ini, perbincangan difokuskan kepada kehidupan dan sumbangan Iqbal, keadaan umat Islam pada zamannya, falsafah Khudi, potensi tersembunyi dalam ego insan, cara ego berinteraksi dengan Tuhan, alam dan ego kolektif masyarakat, unsur-unsur yang menguatkan dan melemahkan ego, serta ciri-ciri masyarakat ideal bagi perkembangan ego yang seimbang.

Akhir sekali, penerbitan buku ini merupakan satu usaha ilmiah yang bercita-cita tinggi untuk memperkenalkan pemikiran dan falsafah Allama Muhammad Iqbal kepada para pelajar, penyelidik, dan masyarakat umum di Malaysia serta rantau Nusantara. 

Lebih daripada sekadar menghuraikan gagasan beliau, buku ini mengajak para pembaca menghayati visi Iqbal tentang pembinaan insan, pengukuhan khudi, dan kebangkitan semula umat Islam agar mampu mengembalikan kegemilangan tamadun serta keunggulan intelektual, rohani, dan moral yang suatu ketika dahulu mewarnai dunia Islam.

Penulis Buku:

Dr. Mohd Abbas Abdul Razak ialah tenaga akademik di Jabatan Pengajian Asas dan Antara Disiplin, Kulliyyah AbdulHamid AbuSulayman Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antara bangsa Malaysia.

Dr. Sheikh Abdullah Hassan Mydin ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Ketamadunan, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia.

Ikuti Kami
Channel WhatsApp Potret Online
Dapatkan berita terbaru langsung di WhatsApp kamu
Ikuti Sekarang
Next Post
3b29ebf3-4259-4274-99eb-08ed4568f179

Guru Besar Vs ‘Guree Rayek’: Ketika Pengakuan Akademik Berbeda dengan Pengakuan Masyarakat

Please login to join discussion
POTRET Online POTRETOnline
Kontributor Tentang Kami Redaksi 1000 Sepeda

© 2026 POTRET Online. Seluruh hak cipta dilindungi.

No Result
View All Result
  • Artikel
  • Pendidikan
  • Opini
  • Essay
  • Politik
  • PODCAST
  • Penulis
  • Kirim Naskah