POTRET Online
  • Home
  • Artikel
  • Puisi
  • Sastra
  • Aceh
  • Literasi
  • Esai
  • Perempuan
  • Menulis
  • POTRET
  • Haba Mangat
  • Kirim Tulisan
No Result
View All Result
  • Home
  • Artikel
  • Puisi
  • Sastra
  • Aceh
  • Literasi
  • Esai
  • Perempuan
  • Menulis
  • POTRET
  • Haba Mangat
  • Kirim Tulisan
No Result
View All Result
POTRET Online
No Result
View All Result
  • Home
  • Artikel
  • Puisi
  • Sastra
  • Aceh
  • Literasi
  • Esai
  • Perempuan
  • Menulis
  • POTRET
  • Haba Mangat
  • Kirim Tulisan

Untaian Puisi Marzelan Perindu Seni

RedaksiOleh Redaksi
March 9, 2025
Untaian Puisi Marzelan Perindu Seni
🔊

Dengarkan Artikel

Honorarium Jiwa

Nukilan: M. Perindu Seni

Sekeping hati suci

Hargai sekalung budi

Mentafsir fikir muhasabah diri

Mendidik erti makna syukur kendiri.

Tiada yang jengah mengerti

Dalam benak sanubari

Ada suka dalam duka

Ada tangis dalam tawa

Putarannya berputar di ruang hayat.

Uzlah sejenak

Di redup sepi cintai diri sendirian

Mencari rahsia keistimewaan

Membongkar kebijaksanan

Membina yakin kekuatan

Mencakna kepercayaan

Dan menadah nikmat kesyukuran

Rahmat luar biasa tak di sangka daripada Tuhan.

Usah rengsa kata nista

Yang merosak rohani jiwa

Usah percaya indahnya fatamogana

Terlukis dusta di lirik mata

Hidup terus berlapang dada.

Sekeping hati ini

Punya harga diri

Hadapi denai ujian yang menerpa

Dengan sabar dengan reda

Anugerahkan honorarium kesyukuran jiwa

Sekeping hati utuh tumbuh di dunia fana.

Taman Cheras Jaya, Selangor

10 Feb 2025

MERENTASI BUANA MENCITRA BAHASA MELESTARIKAN BUDAYA

Karya: M. Perindu Seni

Dengan melebarkan sayap semarak puisi

Menjelajah benua menciptakan minda bestari

Mewarnakan peradaban menyalakan obor prestasi

Di setiap perjalanan yang penuh wadah ilmiah terpatri.

Selagi belum lelah pengembaraan

Teruskan merentas buana kepelbagaian

Teruskan mentelaah keunikan bangsa

Di situlah akan mengerti adat dan warisan budaya. 

📚 Artikel Terkait

“ Status Mahasiswa” Bukan Hambatan Untuk Berbisnis

BENGKEL OPINI RAKyat

Aceh Bebas Banjir, Mungkinkah?

Yang Pulang Tanpa Pusara

Bersama puisi menyeberangi

Ke pulau kehidupan globalisasi

Menemui denyut perpaduan

Walau bukan di bawah rimbun serumpun yang sama

Kerana kuasa bahasa menghubung temali persaudaraan.

Mencitrakan bahasa puisi

Mampu menyatu iklim budaya kehidupan 

Mampu merapatkan ikatan kasih sayang

Dan menyantuni perbezaan kepercayaan.

Dengan melestarikan budaya

Maka luaslah jaringan peradaban antarabangsa 

Dapat memahami pelbagai keunikan sosial budaya

dan menghormati banyaknya adat, bangsa dan agama.

Di sinilah kemegahan puisi

Menjana kekuatan jati diri

Memelihara subur pohon seni warisan 

Mendandani indah taman luas ketemadunan.

Desa Tasik, Sungai Besi

14 April 2022

Marzelan Perindu Seni

AZAB MAKAN SUAP

Bahana rakus  kejahilan rasuah 

Jalan mudah hidup mewah

Lubuk rezeki cara mudah

Tangan hulur di bawah

Tak kenal taraf manusiawi dari atas hingga bawah

Sang pemakan suap rasa diri hebat dan megah 

Asalkan memenuhi kehendak nafsu serakah

Pemberi dan penerima keduanya adalah salah

Demi fulus sanggup hidup menggadaikan maruah.

Mana nilai moral budaya beretika

Mana integriti tatakelola kerja

Musnah nilai suci agama mulia

Tanpa peduli soal dosa pahala

Inilah kelincah najis rasuah

Rosak jati diri bangsa budaya

Runtuh tamadun negara tercinta

Hentikan gelombang jenayah rasuah

Sebelum lakukan itu fikir-fikirkanlah!.

Ingat! sang pemberi rasuah

Ingat! sang pemakan suap

Mulutmu akan terkunci rapat

Tetapi matamu,telingamu,kakimu,tanganmu

Dan seluruh pancainderamu

Akan berbicara di hari perhitungan

Azab dahsyat akan kaurasakan!.

Bertaubatlah dan insaflah!.

Kembalilah dan pulanglah!

Di jalan kebenaran memohon keredaan Tuhan

Sebelum Izrail datang menjemput pulang

Dan pulang dengan sifat mahmudah

Pilihlah rezeki yang suci dan bermaruah

Ayuh tekad membanteras jenayah rasuah!

Ayuh bersama kita perangi durjana rasuah!.

Desa Tasik Sungai Besi, 29 Jan 2022

Biodata Ringkas Marzelan bin Md Jusoh:*

Nama diberi Marzelan bin Md Jusoh. Nama penanya M. Perindu Seni. Dilahirkan di Pendang Kedah. Kini beliau menetap di Taman Cheras Jaya, Selangor, Malaysia. Berkelulusan Diploma Multimedia OUM. Beliau seorang veteran Angkatan Tentera Malaysia ( ATM), pesara tentera berpangkat Pegawai Waran Satu. Beliau bergiat dalam bidang seni sejak di bangku sekolah sehingga kini. Beliau mula menyertai Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan pada tahun 2006 di peringkat ATM. Kini beliau salah seorang peserta SDPK Tahun 2017, 2020 dan 2021. Terlibat dalam pelbagai acara majlis deklamasi puisi yang dianjurkan oleh berbagai-bagai agensi dan persatuan serta beliau sering dijemput dalam bengkel sajak dan seni sastera. Beliau sering di jemput membuat persembahan dalam majlis protokol dan majlis rejimental samaada dalam ketenteraan dan undangan korporat. Selain itu beliau juga dijemput untuk menjadi penilai dan juri sayembara puisi di pelbagai peringkat. Pada tahun 2018 menjadi sejarah dalam hidupnya kerana telah diundang untuk membuat persembahan secara langsung di RTM TV1 sempena  Majlis Perlancaran Tabung Rayuan Hari Pahlawan, Deklamasi Puisi Sempena Hari Pahlawan Ke-100 Tahun 2022 dan Persembahan deklamasi puisi sempena Perbarisan Hari Pahlawan 2023 secara langsung di TV3. Karya puisi beliau telah diterbitkan dalam beberapa buah buku antologi puisi antaranya Angin Pangkor, Covid-19, Langit Akrab, Dandani Luka-luka Tanah Air, Malaysia Satu, Yang Kaubunuh Adalah Cinta, Citra Insani, Antologi Puisi Pohon Merdeka, Tali Kerabat, Gelombang Kemanusiaan, Meneka Keakraban, Menganyam Tikar Peradaban terbitan DBP, Jom Membina Jangan Membinasa, Antologi Puisi Makan Suap dan sebagainya. 

Beliau jua bergiat secara aktif dalam Persatuan Penyair Malaysia dilantik sebagai AJK, Ahli Seumur Hidup Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dan Aktivis Seni Puisi Malaysia (AkSiMa). Beliau turut di jemput menjadi juri dalam sayembara deklamasi puisi pelbagai peringkat antaranya Sebagai juri Sayembara Deklamasi Puisi Tari Peringkat Kebangsaan di UMT 2024. Serta mengendalikan beberapa program besar samada anjuran daripada PENYAIR mahupun anjuran bersama dengan persatuan-persatuan dalam negara dan luar negara. Seperti Pengarah Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM )peringkat Kebangsaan, Penceramah Bengkel Manifestasi Seni Deklamasi Puisi, Pembimbing Bengkel Penjurian Deklamasi Puisi Kebangsaan, Penggerak dan Pembimbing Bengkel Penghayatan Deklamasi Puisi Artistik Malaysia, Program Baca Puisi Nanggala 402, Malam Puisi Buat Palestin, Majlis Perlancaran Hari Puisi Malaysia, Pengucapan Puisi Antarabangsa 20 Buah Negara dan Delegasi Malaysia Panorama International Literature Festival 2024.

Sekian terima kasih

🔥 5 Artikel Terbanyak Dibaca Minggu Ini

Perjamuan Kaum (Tidak) Kebagian
Perjamuan Kaum (Tidak) Kebagian
17 Feb 2026 • 73x dibaca (7 hari)
Sajadah yang Tertinggal di Seberang Lautan
Sajadah yang Tertinggal di Seberang Lautan
21 Jan 2026 • 73x dibaca (7 hari)
Lomba Menulis Ulang Tahun Potret
Lomba Menulis Ulang Tahun Potret
16 Jan 2026 • 61x dibaca (7 hari)
Bencana dan Perubahan Persepsi Masyarakat Pascabencana
Bencana dan Perubahan Persepsi Masyarakat Pascabencana
12 Jan 2026 • 57x dibaca (7 hari)
Muridnya Kenyang, Air Mata Gurunya Berlinang
Muridnya Kenyang, Air Mata Gurunya Berlinang
26 Jan 2026 • 52x dibaca (7 hari)
📝
Tanggung Jawab Konten
Seluruh isi dan opini dalam artikel ini merupakan tanggung jawab penulis. Redaksi bertugas menyunting tulisan tanpa mengubah subtansi dan maksud yang ingin disampaikan.
Share3SendShareScanShare
Redaksi

Redaksi

Majalah Perempuan Aceh

Please login to join discussion
#Kriminal

Dunia Penuh Tipu: Menyikapi Realitas Penipuan Digital

Oleh Tabrani YunisFebruary 16, 2026
Esai

Melukis Kata itu Seperti Apa?

Oleh Tabrani YunisFebruary 15, 2026
Literasi

Melukis Kata, Mengangkat Fakta

Oleh Tabrani YunisFebruary 15, 2026
Artikel

Mengungkap Fakta, Melukis Kata Lewat Story Telling

Oleh Tabrani YunisFebruary 14, 2026
Puisi

Gamang

Oleh Tabrani YunisFebruary 12, 2026

Populer

  • Gemerlap Aceh, Menelusuri Emperom dan Menyibak Goheng

    Gemerlap Aceh, Menelusuri Emperom dan Menyibak Goheng

    168 shares
    Share 67 Tweet 42
  • Inilah Situs Menulis Artikel dibayar

    161 shares
    Share 64 Tweet 40
  • Peran Coaching Kepala Sekolah dalam Meningkatkan Kualitas Pendidikan

    147 shares
    Share 59 Tweet 37
  • Korupsi Sebagai Jalur Karier di Konoha?

    58 shares
    Share 23 Tweet 15
  • Lomba Menulis Agustus 2025

    52 shares
    Share 21 Tweet 13

HABA MANGAT

Haba Mangat

Tema Lomba Menulis Edisi Februari 2026

Oleh Redaksi
February 17, 2026
57
Haba Mangat

Lomba Menulis Ulang Tahun Potret

Oleh Redaksi
January 16, 2026
199
Haba Mangat

Tema Lomba Menulis Edisi Desember 2025

Oleh Redaksi
December 5, 2025
93
Postingan Selanjutnya
Memaknai Berbuka dengan Seteguk Air

Memaknai Berbuka dengan Seteguk Air

  • Kirim Tulisan
  • Program 1000 Sepeda dan Kursi roda
  • Redaksi
  • Disclaimer
  • Tentang Kami

© 2025 potretonline.com

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

No Result
View All Result
  • Home
  • Artikel
  • Puisi
  • Sastra
  • Aceh
  • Literasi
  • Esai
  • Perempuan
  • Menulis
  • POTRET
  • Haba Mangat
  • Kirim Tulisan

© 2025 potretonline.com

-
00:00
00:00

Queue

Update Required Flash plugin
-
00:00
00:00