Dengarkan Artikel
Oleh Al Azim Effendi
Pegiat Seni Sastera Anak Muda, Pulau Pinang, Malaysia
Pada 21 December 2025 ini , Auditorium Dewan Sri Pinang, akan ramai dengan acara Malam Layar Puisi Anak Muda 2025. Sebuah acara yang dianjurkan oleh PEMUISI Pulau Pinang, Malaysia. Acara ini terlaksana dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenajung Pulau pinang UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (Kelab kesusasteraan & Desa siswa aman damai) , Perbadanan Pembangunan Belia Negeri Pulau, Universiti Teknologi Mara, dan Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang, Malaysia
Malam Layar Puisi Anak Muda 2025 merupakan sebuah acara berprestij yang bertujuan untuk memartabatkan seni puisi dalam kalangan generasi muda. Program ini bukan sekadar sebuah pentas deklamasi, tetapi satu gabungan unik antara puisi, muzik, tarian, dan seni persembahan tempatan yang menjanjikan pengalaman budaya yang mendalam serta penuh inspirasi.
📚 Artikel Terkait
Ia menyediakan platform eksklusif kepada penyair muda, mahasiswa, dan pencinta sastera untuk menonjolkan bakat mereka dalam suasana yang penuh penghargaan terhadap seni dan budaya.
Selain memberi peluang kepada generasi baharu untuk berkarya, program ini turut berusaha menghidupkan kembali minat masyarakat terhadap seni puisi dan sastera Melayu.
Dengan pendekatan yang segar dan lebih kontemporari, acara ini diharapkan dapat menarik perhatian golongan muda untuk lebih menghayati keindahan bahasa serta warisan sastera bangsa.
Kehadiran sasterawan negara, penyair terkenal, dan bakat baharu menjadikan program ini sebagai pemangkin kepada kesinambungan seni puisi di Malaysia.
Sokongan semua pihak ini membuktikan kepentingan seni dan budaya dalam pembinaan jati diri masyarakat serta perkembangan intelektual generasi muda.

🔥 5 Artikel Terbanyak Dibaca Minggu Ini

















