Dengarkan Artikel
ACEH SERAMBI MEKAH
Angin laut membawa zikir
Batu nisan menghafal doa
Langkah perlahan di tanah luka
Sejarah bernafas dalam diam
Serambi ini pintu rindu
Air mata jatuh jadi saksi
Masjid berdiri menahan gempa
Iman lebih teguh dari ombak
Nostalgia bukan sekadar kenangan
Ia janji pada Tuhan
Bahawa luka pernah sujud
Dan Aceh tetap berzikir.
DK Ashari @1
Proton City
31.1.26
CINTA DI PESISIR ACHEH
Melarutkan cintaku
pada buih ombak Acheh
di antara azan dan camar
yang terbang tanpa ragu
Pasir menyimpan jejak hatiku
basah oleh rindu dan doa
angin pantai memanggil namamu
dengan bahasa yang aku fahami
Aku bukan lagi milikku
cintaku pulang bersama Tuhan
📚 Artikel Terkait
DK Ashari @2
Proton City
1.2.26
JIWA SERUMPUN
Bahasa lahir dari nafas yang sama
Lidah Acheh menyentuh nadi Melayu
Kata berjalan tanpa pasport
Di antara doa dan adat
Loghat berbeza, makna berpadu
Pantun bersalaman di udara
Sejarah tidak perlu diterjemah
Kerana luka mengenal luka
Bahasa ini rumah bersama
Tempat jiwa pulang
DK Ashari @3
Proton City
2.2.26
Biodata :
Nama : Khairul Ashari Bin Jani
Nama Pena : DK Ashari
Alamat :
No.41, Jalan WM 3/13, Bandar Behrang 2020,
35900 Tg Malim, Perak.
Lahir : Melaka
Umur : 51
Kelulusan : SPMV + MLVK Tahap 3
Kerjaya : Penyelia Maintenance Proton PONSB
NGO :
- Members of Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS)
- Members of Motorsport Association Malaysia (MAM)
- Members of Badan Pemuisi Negeri Perak
- 4 buku Antologi bersama Pemuisi Negeri , Perak.

POTRET Gallery Banda Aceh
🔥 5 Artikel Terbanyak Dibaca Minggu Ini





