Dengarkan Artikel
MENU
Dalam keheningan malam ini
aku tercari-cari sebuah resepi
mampu dimiliki
dengan penuh keazaman diri
aku yakini
resepi digitalisasi
terkandung menu misteri
bikin naikkan aura di hati
menikmati hidangan nanti
ah! aku terlupa janji
kedai resipi tertutup sepi
di larut malam hari
lantas aku terlepas rezeki
moga esok mencari lagi
sajian berpatutan terkini
di kedai layan diri
menu Rahmah yang pasti.
Oui Bin Sal,
Tanah Merah,
Kelantan,
Malaysia
DARMA YANG KUKENAL
(Tribute buat arwah Darma Mohd)
Darma yang kukenal
naluri tenang
sederhana
bicara
hasil nukilannya
luarbiasa
sungguh hebat
luahan
renungan beliau
terkandung ilmu
bermanfaat
yang mantap
berpulangnya Darma
hilang permata
tinggal karya
tatapan.
Oui bin sal.
Tanah Merah,
Kelantan, Malaysia.
Sonian #6543
SEHELAI KERTAS SEBATANG PENA
Di atas meja
tiada sajian aku
sepinggan nasi
secawan kopi kaw-kaw
seperti selalu-selalu
Ini Kali
suapan untukku
hanya menu sehelai kertas putih
sebatang pena
harapan nanti pasti
terlahir sebuah karya asli
lakaran indah diksi
penuh berisi seni
memikat rasa
menggempar dunia.
Oui Bin Sal,
Tanah Merah,
Kelantan,
Tentang Pemuisi :
OUI BIN SAL,berasal dari kg.slow Jelatok,Tanah Merah,Kelantan, berkelulusan sarjana muda teknologi maklumat dengan kepujian dari UNITEM,Diploma antarabangsa kepengadilan dan kejurulatihan sukan dari USSA-KPM dan Diploma perguruan dari Maktab perguruan kota Bharu .kini, mantan pentadbir sekolah di sekolah rendah Tanah Merah.penerima anugerah perkhidmatan cemerlang(Apc) dari kementerian pendidikan Malaysia.pernah menjadi ‘stringer’ akhbar nanyang siang pau,sin Chew hit Poh ,chinapress dan sinar harian.mula menulis sekitar 1978.punya puluhan antologi dalam dan luar negara.Hasil karya sentiasa tersiar dalam akhbar-akhbar Melayu ,majalah dan media sosial.