– sajak 8,
buat Ismet Fanany
di Melbourne
di seberang, di hadapan hidupku
daun gugur masa lalu
sehelai, sedetik
tak kekal seperti noktah, titik
kurenung, daun-daunan
menyatakan hayat, dan kematian
hidup ini banyak warna,
ghairah
debu sekalipun, besar makna
kerana alam ini indah
untukku, jika ada esok
aku akan hidup lagi
bergerak,
berani, dan mengisi erti
di celah-celah
samar, gelap, cerah
dengan hujan, angin, matahari
juzuk berganti-ganti
dari pokok di seberang,
inilah yang dapat kukarang
sebelum, setepatnya
bernoktah, kata-kata –
hujung akhir sekali,
yang hidup akan mati.
– Rosli K. Matari