Oleh Izzat Isa
Ceritera tentang bencana
wajah yang beraneka
menyingkap hakikat
ada canda dalam keragaman
dipenuhi seloroh dan sensasi.
Ceritera lagi, berbaki daif dan fakir
mereka tanpa kata-kata
ruang kosong dalam keributan
diam meramas takdir mengulit kepayahan
dengan menduga akan kedukaan
hari ini dan semalam
dan nyata sering melukakan.
Dalam kepayahan ini
masih budi tetap mewangi
melontar kebaikan
segaris kemanusiaan
cakna insan dan wajah manusia
terhulur dalam ceritera kita.
Tentang Pemuisi
Izzat Isa (Muhammad Izzat bin Md Isa) dilahirkan di Alor Setar, Malaysia pada tahun 1988 dan seterusnyamenetap di Pulau Langkawi hingga kini. Beliau mendapatpendidikan tinggi di Universiti Sains Malaysia untuk Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kesusasteraan) (2008-2012) dan Ijazah Sarjana Sastera (Kesusasteraan) (2012-2014).Dalam bidang penulisan, beliau menulis karya kreatif dan non-kreatif seperti puisi, cerpen, skrip sketsa, zine, komentar, resensi buku, prakata, laporan berita, artikel, kertas kerja dan buku. Beliau merupakan ahli PersatuanKaryawan Pulau Pinang dan Angkatan SasterawanNasional (ASASI) Negeri Kedah.