Oleh Alkhair Aljohore@
Berdomisili di Johor, Malaysia
Jika ini memang demokrasi
Mengapa aturan engkau ubah
cekak dan cekik majoriti politikus
jika ini untuk kepentingan negeri
mengapa harus politik dinasti
politik kronisme, nepotisme ,kleptokrasi
politik agamawis
sehingga memperkosa perundangan negara
rakyat dikotak katikkan
jangan ,jangan lupa diri
kerana Fir’aun pun bisa tenggelam dan mati
Ana rabbukumul a’la
Aku tuhan yang maha tinggi
Kalau selama ini rakyat berdiam diri
Itu bukan bererti bisa kau buat seenak
sendiri dan berkluster
rakyat kau injak dan perbodohkan
kau tiup api rasisme,
ada yang praktik animisme
demi karier politik
ada yang berpuak dan pecah belah agama
disebar istilah sesat, bid’ah dan kafir
ya, kelompok politik bisa kau takut-takuti
tapi kami banyak yang berani mati.
Menjerit kata membela Tuhan
Tapi hakikatnya membela kelompok dan partai
Di sini kejujuran vs kedurjanaan
Hanyut dan seperti debu yang berterbangan
Haba an manthura
Begitula pesan Saiyidina Ali k.w :
Kezaliman akan terus ada,
bukan kerana banyaknya orang orang jahat,
Tetapi kerana diamnya orang yang baik Sesungguhnya kebenaran itu dapat dikalahkan oleh kebatilan,
sekiranya kebatilan itu dilaksanakan
dengan tersusun dan teratur.
Pabila pemimpin berpolitik
Hanya merebut kerusi kayu
Bukan demi kesejahteraan
negara, rakyat,bangsa dan agama.
Alkhair Aljohore@
24.2.24