PENAKU
Oleh Oui Bin Sal
Tanah Merah, Kelantan,Malaysia.
Penaku
lerak perihal hidup
harus tatapanmu
di persada rindu
kembangan minda
Penaku
bukan sekadar hiasan kata
lepaskan batuk di tangga
terkabul lena
dimamah usia
Penaku
bukan omongan kosong
mencelah sana-sini
sentuh sensitiviti
rentak penghidupan
merewang di angkasa
Penaku
garapan indah diksi puisi
penuh kemanisan hidup
mengisi sebuah jambangan
kandungan khazanah nusantara.
SIBUK
Sibuk
hari-hari manusia sibuk
sibuk menjarah waktu
laksana tugasan
tak kunjung sepi
saban waktu tatang ideologi
simpang-siur menganyam erti
Sibuk sibuk sibuk
punya nawaitu kendiri
mengejar detik penentu halatuju
destinasi nan jitu
Sesungguhnya
Kemenjadian insan kian sibuk
melaras waktu meraih rezeki
demi sesuap nasi
keluarga tersayang.
Oui Bin Sal
Tanah Merah,
Kelantan,
Malaysia.
Tentang Penulis
Oui Bin Sal, berasal dari Kg, Slow Jelatok, Tanah Merah, Kelantan, Malaysia.Lulusan Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan kepujian dari UNITEM, Diploma Antara Bangsa, Kepengadilan dan kejurulatihan sukan dari USSA-KPM dan Diploma Perguruan dari Maktab Perguruan Kota Bharu. Kini berkhidmat sebagai pentasbir sekolah di sekolah rendah Tanah Merah. Penerima anugerah Perkhitmatan Cemerlang ( Apc) dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Pernah menjadi stringer Akbar, Nanyang Siangpau, Sin chew hit poh, China Press dan Sinar harian. Mulai menulis sekitar 1978. Punya puluhan antologi dalam dan luar negara. Hasil karya senantiasa tersiar dalam Akbar -Akbar Melayu, Majalah dan media sosial