DURJANA
Dunia sudah diakui semakin kejam
tidak pada tubuh, pasti pada jiwa
Seluruh alam mula berdoa
moga tamat semua kesakitan
Andai tanganku diizinkan
pasti Desert Eagle, aku tarik picunya
Namun, aku hanya orang biasa
doa saja menjadi senjata
menghadapi dunia durjana.
Alice Mohd
Sarawak, Malaysia
25 Oktober 2023
JANGAN DIRINDU
Jika esok tiada buatku
jangan dirindu,
bukan kerana benci
tetapi sayang itu derita
Apabila yang dicinta tak kembali
pergi ke dunia abadi,
lepaskan saja,
kerana yang sakit itu
engkau sendiri.
Alice Mohd
Sarawak, Malaysia
25 Oktober 2023
UJIAN
Langkah diuji,
bertubi-tubi
bumi mana yang tak kena hujan
Asal jangan berpura,
Semuanya ‘baik-baik saja’
Usahakan, jangan diam
Bertawakal, doa jangan disimpan
Pasti nanti ada jawapan.
Alice Mohd
Sarawak, Malaysia
25 Oktober 2023
Nama : Alice Mohd
Sudah menulis hampir dua puluh tahun. Mula menulisulasan anime di blog. Kemudian menulis sajak dan cerpen. Mempunyai sebuah buku kumpulan cerpen, CERITA KITA (2021) dan sebuah buku cerpen BIARLAH IANYA DATANG SENDIRI (2021). Mengikuti lapan antologi puisi. Tujuh daripadanya adalah projek antologi Malaysia. Satulagi adalah projek antologi Indonesia-Malaysia. Hasil karyajuga ada disiarkan dalam surat khabar fizikal dan lamanFacebook.
Seorang Chief Editor sebuah kumpulan penulis yang bergiatsecara sukarela dalam menggerakkan sastera secara atastalian, DOEA JIWA.
Facebook : Alice Mohd
Instagram : alicemd_writer