NOOR HASMAH ISMAIL
TIADA LAGI ENGKAU DALAM RAMADHAN INI
Baru saja kuteringat dengan bahagianya
hari kelmarin
Bahagiannya aku tersenyum bersama malaikat dunia.
Dulu kita bersama
bertanak nasi menyiapkan
juadah berbuka
dan bersama siapkan untuk makan sahurnya
jua bersama-sama
mengharumkan kembali sejadah keluarga
Menahanku di kala itu
bukanlah hanya sekadar sebuah rasa
kerana aku juga belajar untuk sabar dari sifatnya
bertabah untuk segalanya..
Ramadhanku yang bahagia dengan ibu
Kini sudah pun pergi
Tidak akan kutemui sampai bila dan walau di mana
aku berada..
Percayalah rinduku tetap seperti dulu dan dalam Ramadhan ini doa tetap kukirimkan untukmu ibu
permata hatiku…
Pasir Mas. – 9.2.2023