HITAM PUTIH
Kulitku hitam
Syurga bukan
tempat berdiam
Bumi gelap hitam
Dosa pinar hitam
Jin/Iblis pun hitam
Kerana itu ;
Aku bumi rata
Aku dosa meloya
Aku bangsa durhaka
Tipudaya agama
masih bermimpi
nak syurga firdausi.
Sesekali berbaju putih
tanda bersih
belum pasti suci
Ye putih lambang
bersih dan suci
Ini minimalnya
Lihat,
betapa dekat dan akrab
Dua biji bola mata
hitam dan putih
Jika satu hilang
Pudar penglihatan
Apakah yang ada di dalam
Adakah anda perhatikan?
Pada “fi anfusikum afala tubsyirun”
..pada diri kamu, apakah kamu
tidak perhatikan!…
Elkhair Eljohore@
27.5.23
# majaz metafora