Oleh Zainatul Shuhaida Abdull Rahman
Pemuisi Malaysia
Saudaraku di seberang
Tidak kenal rupa wajah
Ombak badai samudera memisah
Apabila kali terakhir
Kita bertatapan
Kita tidak tahu adakah itu yang terakhir
Apabila kali terakhir
Kita menguris senyuman cinta
Kita tidak tahu adakah selepas ini hanya
di syurga bertemu lagi senyuman itu
Apabila mengerut kening melihat kenakalan anak-anak yang kita fikir
Mana wang harus dicari untuk membesarkan
Dan apabila kita memejamkan mata
Kita tidak tahu semua ini akan
menjadi rindu dalam kamar
dan hari-hari siang
sementara menunggu waktu
kita pulang.
Kami hanya ada doa
untukmu jauh di seberang
mereka juga di hati kami
dalam ingatan.