Recommended

Most Popular

Jambatan Sastera Kelantan – Aceh Segera Luncur

Postingan Terkait

Oleh Hamdani Mulya & Rosli K. Matari

Aceh di bumi Indonesia memang sedia dikenalisebagai Serambi Mekah. Tetapi tahukah andabudiman, di seberang sana, di negara tetanggakita juga terdapat sebuah negeri yang turutterkenal dengan gelaran yang sama?

Negeri yang dimaksudkan ialah negeri Kelantan, terletak di pantai timur pada SemenanjungMalaysia, turut masyhur dengan jolokan SerambiMekah. Negeri ini bertetangga dengan Thailand, khasnya Selatan Thailand. Tidak hairan, Selatan Thailand didiami sebahagian besar masyarakatMelayu beragama Islam, justeru bertetanggadengan Kelantan.

Oleh itu, Aceh dan Kelantan adalah sudah lama dalam sejarah terkemuka sebagai NegeriSerambi Mekah.

Pada hubungan bagi mengakrabkan lagi kedua-dua Serambi Mekah ini, pertubuhan terkemukaaktif dan dinamik di Kelantan dan Malaysia – iaitu Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN), baru-baru ini telahmencapai kesepakatan dengan potretonline.com, pada usaha menjalin jambatan sastera Kelantan – Aceh.

Aspirasi murni ini akan dapat memperkenalkandan merapatkan lagi saling kenal, hormat, kasihsayang, serta ukhwah dan solidariti antarapengarang dan penyair Kelantan – Aceh,” ujarPresiden PERADABAN, YBhg. Dato’ A. Aziz Deraman.

                       YBhg. Dato’ A. Aziz Deraman

Beliau merupakan mantan Ketua PengarahDewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, jugaadalah pemikir, budayawan dan penyair terkenalMalaysia. Di samping, penerima banyakanugerah di negaranya dan luar negara.

Langkah pertama aspirasi solidariti ini kita mulaidengan usaha menerbitkan sebuah antologipuisi, pada judul Pada Pohon Cabang DuaBelah. Selanjut nanti, mudah-mudahan dapatdisusulkan lagi dengan terbitan pelbagai karyakreatif lain lagi dalam jambatan sastera ini,” ujarbeliau lagi.

Kini mulai dilaksanakan penyiapan antologi puisiini melalui usaha oleh baris penyelenggara terdiridaripada Tabrani Yunis dan Hamdani Mulya(Aceh) serta Sasterawan Negeri Kelantan Rosli K. Matari.

Bagi barisan penyair dan puisi sebagai mewakiliAceh, antologi ini akan memilih dan memuatkankarya dari potretonline, serta karya para penyairpelosok Indonesia yang pernah memanfaatkanpotretonline.

Penerbitan ini tidak bermatlamatkan komersialmelalui kerjasama PERADABAN & potretonline.com sebagai terbitan bersama.

Diterbitkan sebagai buku melalui talian mayabagi membolehkan para pembaca danmasyarakat dapat memanfaatkan bacaan secaralebih mudah, luas serta merentas negara.

Peluncuran antologi penting ini adalah padahujung Februari nanti, dirasmikan oleh YB. Mejar(B) DatoMd Anizam Abd Rahman yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa PerpaduanMasyarakat, Kebudayaan, Warisan danPelancongan Negeri Kelantan.

Peluncuran ini secara talian maya, dijangkabertempat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Para penyair boleh menyemak pada potretonlineini melalui SemakPuisi Anda Terpilih bagimengetahui adakah karya anda budiman ikuttermuat dalam antologi puisi jambatan sasteraKelantan – Aceh ini.

1

Redaksi hanya melakukan penyuntingan teknis, seperti: - Mengoreksi kesalahan ejaan, tanda baca, dan struktur kalimat. - Mengatur format dan tata letak teks. - Memastikan konsistensi gaya penulisan. Namun, redaksi tidak melakukan perubahan pada: - Isi dan substansi teks. - Pendapat dan opini penulis. - Data dan fakta yang disajikan. Dengan demikian, penulis tetap bertanggung jawab atas isi dan substansi teks yang ditulis.

Kisah Seorang Pria
Izinkan aku bercerita tentang seorang pria...
Eros, Thanos dan Kita
“manusia dianugerahi akal yang denganakal itu,...
Membaca Sebagai Lifestyle
Feri Irawan Kepala SMK Negeri 1...
Korupsi, Kapankah Berakhir?
Oleh: Siti Hajar Korupsi dalam sektor...
Bir Pala darı Negeri Tuan Tapa
Oleh Teuku Masrizar Selesai makan siang...

SELAKSA

Welcome Back!

Login to your account below

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist