Pemuisi : Zainatul Shuhaida Abdull Rahman
Malaysia
Saudaraku
Buatlah sesuatu seperti
Kita hidup hanya untuk Hari ini
Makanlah sesuatu makanan kegemaran seperti itulah makanan terakhir
Kita nikmati
Bahagiakan rumahtangga secukupnya seperti
Kita berikan seluruh jiwa raga
Dan tinggalkan Cinta seperti janji syurga
Bekerja sesungguhnya
seperti inilah fardu kifayah terbaik dunia
Berbuat baiklah pada sahabat
seperti itulah pertemuan terakhir hayat
Hidupkan jasad pada zikir salawat
Carilah roh pimpin seperti
Kita mengumpul teman-teman anggota tubuh
umpama tentera kebal mengadap Allah
Kerana kematian itu waktu yang tidak tentu
Dan Cipta intim bersama Allah
Jadi sekejap lagi, esok atau lusa atau mana-mana detik
Kita gembira mahu bertemu Allah
Saudaraku
Usah dikenang siapa yang ditinggalkan
Kerana mereka sudah ada buku suratan
Apa yang tertulis tetap tertulis
Setiap manusia perlu belajar dari kesilapan
Allah tidak kejam
Kita yang kurang kenal Allah
Kita kata tidak disayangi