MOGA TUHAN MAHU BANGUNKAN AKU LAGI ESOK!
Sunyi dan malam satu keserasian
bagai persahabatan setia tak faham mengira cuaca
seringkali berubah dari buruk ke elok
masih kupercaya terkait pengakuan seseorang tak selalu teguh
esok sudah roboh
bukankah ada pihak dirugikan dan terluka?
Langit bersinar bintang-bintang secantik matamu
bagai kata-kata tersusun cerminkan keberadaban orang timur
tak pernah bermaksud sakiti sesiapa kecuali menyejukkan dada
itu cerita dulu sebelum terlarut budaya asing
terkesan kasar ugal-ugalan
hari ini jarang ditemukan seperti mencari salahmu
agaknya adakah orang tak terpesona?
Aku terbaring di sini gaya ala pesakit
persaudaraan tampak pada orang siap berjaga malam menemani
dan turut rasai penanggungan derita
hanya tak lebih sekadar lepaskan lelah
dan menunggu munculnya cahaya pagi
moga Tuhan mahu bangunkan aku lagi esok!
Karya,
MOHD ADID AB RAHMAN
Melaka, Malaysia
2 Oktober, 2022